Hakisan Pantai | Kerajaan Terengganu perkasa usaha atasi masalah

2022-03-22 0

Kerajaan Negeri Terengganu sedang berusaha bagi mengatasi masalah hakisan pantai dari terus terhakis sehingga mengancam kediaman penduduk berhampiran.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau Negeri, Dr Mamad Puteh, pelbagai kaedah digunakan bagi menangani masalah hakisan itu, termasuk menambak pantai dan membina benteng pemecah ombak.